azmie's FotoPage

By: Azmie Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 27-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
majalah jelita

 


Sunday, 26-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Power Root lengkapkan hidup mereka

 
Oleh Suzan Ahmad



Pengurus Besar Power Root Marketing, Loh Chai
Seng (tengah) bersama duta produk Linda, Anuar
Zain, Zahid dan Farah.


KALAU dulu wajah dan suara Linda Onn sering digandingkan dengan pasangan deejay paling cocok dengannya, Halim Othman untuk membawa jenama minuman tenaga Power Root sebagai duta produk berkenaan, kini tidak lagi.

Kata orang patah tumbuh hilang berganti, satu pergi tiga mari. Dan kini team duta produk Power Root tambah meriah dengan kehadiran penyanyi lelaki paling digemari ramai Anuar Zain, berserta juara Akademi Fantasia 2 (AF2) Zahid dan finalis AF2 si lincah Farah.

“Saya kira anda semua pernah mendengar pengalaman pertama saya menggunakan produk Power Root Per'l Kacip Fatimah ketika Pesta Bola Era beberapa tahun lalu. Dan sejak itu tugas seharian saya tidak lengkap jika tidak dimulakan dengan Per'l Kacip Fatimah,� demikian jelas Linda ketika majlis memperkenalkan barisan duta baru Power Root di Hotel Westin baru-baru ini.

Linda yang kini baru saja bergelar pengusaha restoran tidak malu mengakui yang semakin lama, usianya semakin meningkat dan sudah semestinya, kesihatan dalaman tubuh perlu diberikan penekanan sama berat dengan kecantikan dan kesihatan luaran.

“Tambah pula dengan jadual aktiviti saya yang meliputi masa di konti, promosi filem, mengacarakan program TV dan majlis rasmi, memerlukan tahap kecerdasan dan kecergasan fizikal yang tinggi. Dan ternyata minuman kecergasan Power Root mampu membekalkan kecergasan tanpa batasan itu,� katanya.

Bagi Anuar, di usia masih mengizinkan beginilah, selagi laku, kudratnya akan dicurah sepenuhnya dalam memenuhi aktiviti seni nyanyian, lakonan dan kini kesibukan untuk mempromosikan Power Root.

“Kehidupan yang saya dan jutaan lagi insan yang seusia dengan saya lalui begitu mencabar dan moden, dengan itu tubuh memerlukan khasiat tambahan bagi memastikan beliau sentiasa cergas dan sihat,� katanya.

Anuar yang turut terpilih dalam kategori Balada ke Juara Lagu 19, mengakui sering menerima undangan nyanyian dan melakukan aktiviti promosinya di seluruh negara.

“Minuman tenaga Power Root Ali Café amat bersesuaian dengan kehidupan seharian Anuar yang boleh membantu saya bertahan seharian untuk latihan dan persembahan,� katanya lagi.

Kehadiran Zahid dan Farah pula lebih kepada mewakili golongan remaja dan belia yang melambangkan kecergasan, aktif dan sihat.

“Zahid sudah mula menggunakan Power Root Tongkat Ali sejak setahun lalu ketika aktif dengan sukan bola sepak, jadi untuk tenaga dankecergasan tambahan, pengambilan yang konsisten setiap hari cukup berkesan,� katanya.

Namun bagi Farah pula, dia cuba menangkis pandangan sempit segelintir masyarakat yang sering menganggap minuman kecergasan begini hanya sesuai untuk lelaki dan wanita yang sudah berumah tangga saja.

“Power Root ternyata minuman kesihatan yang sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia dan hadirnya kami di sini untuk membuktikan yang ianya bukan sekadar omong kosong,� kataFarah lagi yang kelihatan semakin jelita.


Thursday, 2-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark

 
 


Tuesday, 16-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Wallpaper Siti Nurhaliza ::

 
 
 
View all 23 photos...


Thursday, 11-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Cover Media Hiburan

 
 
 
View all 27 photos...


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net